An introduction

I am just an ordinary person who passionate about black and white photography. Thank you for visiting my blog and if you have any questions, feels free to contact me through my Fb, Flickr, G+ or just send me an email ~ abi Danial

Think !!!

Budaya malas berfikir sudah lama menyerang kebanyakan manusia, ianya seakan menjadi virus yang sukar untuk dibendung. Kebanjiran teknologi dan maklumat yang kini boleh diakses di hujung jari membuatkan kita terlalu malas dan bergantung kepada gadjet untuk membuat penilaian atau keputusan tanpa menggunakan otak kita untuk berfikir. Kita terlalu manja, terlalu mengharapkan jawapan segera tanpa berusaha untuk mencari jawapan dengan menelaah, berfikir dan mengkaji.

Teringat cerita mengenai kisah penyebaran protokol zionis di dalam media suatu ketika dahulu. Namun mereka tidak risau tentang pendedahan tersebut, kerana mereka yakin bahawa ramai orang tidak akan membacanya. Itulah hakikatnya, membaca pun kita malas, apatah lagi memerah otak untuk berfikir.

Red by abi Danial
Red | © abi Danial

Dalam berkarya, aku suka kepada kata-kata salah seorang sahabat "...provoke their thought, not their eyes..." oleh saudara Hengki Lee (seorang seniman fotografi seni halus yang terkenal di Indonesia). Ya, bukan satu perkara yang mudah untuk membuatkan penonton meneliti dan berfikir mencari maksud disebalik karya yang kita sampaikan. Mata kita lebih terdorong untuk melihat kecantikan dan keindahan sesuatu subjek. Adakah ianya sepatutnya begitu?

Justeru bila ada seseorang yang melihat sesuatu karya lalu bertanya pada dirinya sendiri "apa sebenarnya maksud gambar/karya ini?", bagiku ianya sudah memadai, kerana pada pendapatku, pengkarya sudah berjaya meransang minda viewer untuk berfikir.

Inilah tugas berat bagi para pengkarya, melahirkan karya yang boleh merangsang minda penonton untuk berfikir, jangan biarkan budaya berfikir kita beransur hilang dek kemajuan teknologi.